Jerangau dalam perubatan tradisional

Daripada Ensiklopedia Kesihatan.

Lompat ke: gelintar

Jerangau yang direbus bersama-sama halia dan bonglai digunakan untuk merawat demam dan selesema, dengan jus jerangau digunakan untuk merawat cirit-birit.

Jerangau (Acorus Calamus) tergolong dalam famili Araceae.

Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lagi wangi yang mungkin berasal daripada India. Sejarah penggunaannya sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh orang Cina dan orang India. Ubi jerangau digunakan sebagai tonik herba untuk mempermuda otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik bagi mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.

Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan orang India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapu atau losen. Minyak pati daripada ubinya kini digunakan secara meluas dalam minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghapuskan bau tembakau.

Isi kandungan

Perihalan tumbuhan

Jerangau ialah tumbuhan malar yang hidup di pinggir kolam, tasik, atau sungai dan mencapai sehingga 1 meter (3 kaki) tingginya. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi lai yang sedikit berombak-ombak. Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi.

Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanih, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang cukup. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (kk. 2 inci) yang dimasukkan 3 sentimeter (1 inci lebih) ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan sama lain. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.

Ubi jerangau sebagai ubat herba

Jerangau sebagai ubat herba Cina dan India mempunyai sejarah yang amat panjang.[1] Di China, ubinya digunakan sebagai tonik pemulihan bagi kedua-dua tubuh dan minda. Dalam perubatan Ayurveda pula, jerangau sangat dihargai kerana keupayaannya untuk memulihkan kewarasan serta untuk mengatasi kesan sampingan semua jenis halusinogen.[2] Jerangkau ialah drug psikoaktif. Justeru, khususnya dalam bentuk minyak pati suling, ubi jerangau perlu digunakan dengan berwaspada kerana dos yang besar boleh mengakibatkan halusinasi ringan.

Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.

Keupayaan ubi jerangau

Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:

Penyakit ringan:[3]

  1. Jerangau dapat melegakan demam.
  2. Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
  3. Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalah angin (kentut).
  4. Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makan, ketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darah kanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
  5. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.[4]
  6. Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
  7. Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkan kerengsaan dan kegegaran.
  8. Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitan, keracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.

Penyakit teruk:[3]

  1. Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
  2. Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitis, sinusitis dan penyakit lelah.
  3. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barah, konvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi.[4] Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.[4]

Lain-lain:[3]

  1. Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
  2. Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia

Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:[4]

Pautan luar